Resepi Kari Kepala Ikan Mudah dan Sedap

by - 09:38


Nak simpan resepi ni kat sini untuk rujukan lepas-lepas ni.Resepi dari Kak Laila tauke mee udang MMA Bandar Baru Nilai.Korang boleh follow Kak Laila kat Facebook dia ni ye.Resepi ni memang sedap untuk kari kepala ikan,ketam,udang dan makanan laut semua la,kata kak laila kalau kari ayam dan daging lain sikit resepinya.Jom kita layan resepi kari kepala ikan bawal ni dulu :

Bahan :
2 ekor ikan bawal atau 3 kepala ikan bawal
2 biji tomato belah 2
Bendi ikut suka banyak mana,kami suka banyak ehhehe
200 ml santan pekat

Bahan tumis :
Daun kari
Daun pandan
Daun ketumbar
2 peket kecil Serbuk kari ikan babas
5 ulas Bawang putih hiris
6 biji Bawang merah hiris
1 inci Halia hiris
Halba
1 sudu besar Serbuk kunyit
1 sudu besar Serbuk cili Babas (suka pedas boleh letak banyak)

Cara memasak :
-tumis bahan hiris dengan halba,daun pandan,daun kari dan daun ketumbar.
-biar sampai naik bau atau kekuningan,masukkan serbuk kunyit dan serbuk cili,tambah air satu gelas,kacau agak mendidih.
-masukkan serbuk kari ikan Babas tak perlu bancuh,tuang je dlm periuk ye.
-kacau biar mendidih.
-masukkan santan,kacau supaya tak berketul,agak mendidih masukkan ikan,tomato dan bendi,masak dan didihkan hingga bendi agak lembut.

Kami dah buat,memang sedap kalau nak pekat kuat jangan tambah air banyak sangat,buat pekat kuah selain makan dengan nasi boleh buat cicah lempeng dan cekodok.Sedappppp,2 hari kami dok panaskan,kalau nak simpan lama atau frozen jangan buh santan dulu,nak makan panaskan baru masuk santan.



You May Also Like

1 comments

  1. Rempah House Brand ataupon Raja pun sedap digunakan. Anyway tak terlintas pulak masak kari dengan ikan bawal. Next time boleh la saya mencubanya. idea tu hehe

    ReplyDelete