Monday, 28 December 2015

Bahagianya Isteri Yang Solehah

Perkongsian dari Facebook,sebagai panduan diri sendiri juga :

BERSUKURLAH SUAMI YG MMPUNYAI ISTRI YANG SOLEH KARNA DOANYA AKAN SELALU MENGALIR DAN INILAH *KEISTIMEWAAN ISTRI SHOLEHAH

1. Doa seorang istri yang taat pada suaminya setara dengan doanya 70 wali


2. Istri yang membuatkan minum suami tanpa diminta pahalanya 3 kali khatam Al-Qu'ran

3. Masakan isteri yang dilakukan secara sunnah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk istri dan do'a suami yang memakan masakan istri menjadi doa yang diijabah.

4. Istri yang membangunkan suami untuk sholat atau mengajak shalat berjamaah pahalanya 27 + 1.

5. Istri yang kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 kali haji mabrur.

6. Seorang ibu yang menyusui setiap tetes susunya senilai 2000 sholat khusyu' wal khudu' dan doanya diijabah

7. Burung di udara dan malaikat di langit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama istri dalam keridhaan suami.

8. Bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka istri mendapatkan 10 pahala jihad.

9. Bila seorang wanita hamil sholat dua rokaat adalah lebih baik dari 80 rokaat shalat wanita yang tidak hamil.

10. Bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun shalat dan 70 tahun puasa.

11. Wanita yang mencuci pakaian suami dan anak anaknya akan mendapatkan 1000 kebaikan dan segala sesuatu yang di sinari matahari memintakan ampunan baginya kepada Allah SWT dan diangkat derajatnya 1000 derajat.

12. Apabila seorang wanita haid maka haidnya akan menghapus dosa dosanya.

13. Apabila ia membaca pada hari pertama haid "alhamdulillah 'ala kulli haalin wa astagfirullaha min kulli dzanbin" maka Allah akan membebaskan nya dari jahanam shirat dan azab.

14. Setiap hari haidnya allah ditinggikan dia dengan pahala 40 orang mati syahid apabila ia berdzikir .

subhanallah,,Bahagianya wanita yang sllu bersyukur atas nikmat allah swt,

Thursday, 2 April 2015

Review Movie : Fast & Furious 7


First time Mat Tempe pi screening filem,best jugak,Kali ni tengok cerita Fast & Furious 7  di anjurkan oleh Ambipur .Dapat juga bergambar ngan kereta Nissan Skyline GTR R35 yang siap no plate Furious 7,smart wooo...Tak sabar nak tengok cerita ni selepas Paul Walker dah mati kan.



Dah bergambar jom layan movie :
Komen Mat :

Aksi pastinya terbaik la cerita ni tambah-tambah lagi ada Tony Ja dan Jason Statham (Hero transporter kalau tak silap,lupa dah),Aksi dan stunt cerita ni memang best dah ,full mark bagi.memang terbaik.

Dari segi jalan cerita,ada pembalasan dendam dan sambungan dari filem sebelumnya,jalan cerita ok tapi dekat endingnya part aksi last ada helikopter di situ agak meleret dan boring,mungkin scene tu panjang sikit.

Keseluruhan,Mat bagi 8/10,dan di rekemen untuk di tonton tapi 18 sx skit ye jangan bawa anak bawah umur,bahaya untuk kesihatan hahahah...

Bersama Screening filem ni,di lancarkan Ambipur Edisi Terhad Fast & Furious khas untuk peminat filem ini.Ada 2 wangian Fresh Drift dan Turbo Fresh yang berharga RM19.90 dan saiz mini Turbo Fresh RM12,90.Boleh dapatkan di pasaran.



Terima kasih pada pihak yang menjemput ye.

Mat Tempe.

Wednesday, 4 February 2015

Tukang Jahit Baju Nikah di PKNS Shah Alam dan Raub

Tukang Jahit Dress Nikah di Raub 

Fuhhhh pejam celik tak lama dah masa yang ada,insya allah selesai kerja kawin dah qaseh di teganu,Cik Budu dah bleh tumpukan perhatian kat wedding sendiri pulak.Step pertama ni nak kena jahit baju nikah dulu,ye la kang tailor sibuk amik baju raya plak,tak siap juga baju nikahku.

Minggu lepas balik kampung ada kenduri sikit,dan bawa balik kain yang beli kat Jakel ari tu tapi yang Cik Budu punya je la,sebab nak suh ma tengok kainnya.Tanya2 makcik tau tak tukang jahit dress,so dia kata dia ada kawan kat Raub yang professional jahit baju nikah,so apa lagi,otw balik kl singgah la ukur siap-siap dan tempah terus.


kain yang beli hari tu

ni cth yang cik budu nak,maybe ada oter2 skit la...
So pi la ngan mak cik jumpa kakak tu ,baik orangnya peramah,masuk je kedai dia yang bersambung di dapur rumah,wowww banyaknya mesin jahit,ada macam-macam jenis dari jahit sulam,jahit tepi mesin steam labuci pun ada.Memang professional ni.Tengok pulak contoh2 tempahan yang dah siap,ermmm agak emas jahitannya.Mudah kerja dia pun banyak bagi nasihat dan pendapat design yang cik budu nak tu.Dah siap ukur semua sekejap je senang.

terus bagi name card tuk hubungi dia.senang.
Nanti kita tengok hasilnya macam mana ye....harap-harap seperti yang di rancang lah.


Tukang Jahit Baju Melayu Untuk Nikah di PKNS Shah Alam

Balik dari kampung pulak terus gesa En Tempe pi tempah baju nikah,risau juga la ,bukan senang nak cari tukang jahit baju melayu yang ok dan cik budu bukan tau sangat tempat lain kecuali PKNS Shah Alam,maklumlah dah lama dok situ dulu,dah biasa area tu.

mayor manik tu kedainya
Kedai ni Cik Budu jumpa masa survey barang dak qaseh ari tu,so survey la sekali,tanya-tanya kalau kain sendiri hantar tempah dan sulam dia amik dalam RM160-RM200 tapi kalau kain diorg siap dengan sulam dia caj RM250.Memandangkan kami ada kain sendiri so tempah baju melayu dengan sulam je la + sulam kat lengan total dia bagi RM170,agak berbaloi la sebab contoh bajunya jahitan cantik, sulamnya pun cantik.Kita tunggu je la hasilnya nanti ye.Tak sabar pulak nak tengok,maybe bulan 3 dah boleh amik ni.


name cardnya

nota kaki :
Ya Allahhh kau permudahkan lah
harap-harap jadi la seperti yang di inginkan.
nota cik budu

Tuesday, 20 January 2015

Set baju nikah murah di Jakel

Alhamdulillah,dapat pun,sekali survey je pun tak pusing banyak kedai,pilih pun spontan dan tak di rancang,plan lain yang jadinya lain hehehe...dan tak sangka terus dapat satu set dengan harga yang berpatutan.Kebetulan ada sale clearance kedai sebab Jakel Masjid India nak pindah ke Cap Square katanya.Apa lagi borong terus la,warna pun time tu jugak pilih huuhuuu...spontan je.




nota kaki:
Nak buat design cam mana? tungguuuuuu.....
coretan cik budu

Monday, 5 January 2015

Bengkel Motor Pilihan di Ampang

Balik keje sempat singgah bengkel motor jap,bila rasa motor dah tak sedap nak bergerak,bateri pulak dah kong,so kena tukar,rekemen dari kawan-kawan datang kena ni.Alhamdulillah pilihan yang tepat.Sib baik bukak lagi walau dah pukul 6 petang.

Lokasi : No 4,Jalan 16,Taman Cempaka,68000,Ampang,Selangor.

dekat restoran mamak d'klasik,ada petronas dan caltex,area rumah kedai situ.




Yang buat keje uncle2 cina yang dah tua,tapi berpengalaman,service tip top,buat keje cermat dan sangat berhati-hati,harga pun berpatutan dengan service yang bagus.

Encik Tempe