Skip to main content

Posts

Showing posts from 2016

Ulang tahun pertama dengan hadiah tak tenilai.

Alhamdulillah,segalanya di permudahkan Allah,selepas setahun mahligai yang di bina.Syukur ke hadrat Allah untuk cinta dan kasih sayang ini.Nikmat yang mana lagi nak kami nafikan? Setahun melayari bahtera,masih panjang perjalanan sebenarnya,masih terlalu muda dalam alam rumahtangga. Dan ulangtahun ini,Allah beri lagi hadiah yang tak ternilai untuk kami,benih cinta yang kian membesar dengan sihat di dalam kandungan.Allahhhh tak terhingga ucapan syukur padaMu ya Allah.Semoga si kecil ini pembuka pintu rezeki dan pintu pahala buat kami. Usia kandungan hampir 4 bulan ,dan melepasi fasa morning sickness.Alhamdulillah boleh berpuasa dengan baik,dan kembali bertenaga.Di beri kesempatan dan kudrat memasak ringkas untuk sahabat-sahabat terdekat datang berbuka puasa dan siap memberi kejutan ulangtahun kepada kami.Nikmat Mu juga Ya Allah punya kawan dan sahabat sebegini. Doakan hidup dan mahliagai kami ini terus utuh serta cinta kami kekal ke syurga ye semua.Doa kalian

Resepi Cencaluk Goreng

Resepi dari seorang kawan di Facebook,makan dengan nasi panas-panas dengan ulam dan ikan goreng,sangat menyelerakan.Mau bertambah nasi. Resepi Cencaluk Goreng Bahan : semangkuk cencalok Bawang merah hiris Cili api potong halus Sedikit halia hiris halus Cara : -Tumis bawang dan cili -Masukkan cencaluk -Biar garing sedikit -Hidangkan Mudah je,pembuka selera waktu demam pun ye juga ni.Yummmmm....

Kenangan di Han Rainforest Resort Taman Negara,Kuala Tahan

19-22 Februari lepas berpeluang bersama Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara Kuala Tahan dalam program Kembara KBBA Ke Taman Negara.Pengalaman terbaik mendekatkan diri dengan alam. Hari Pertama Mendaki Bukit Terisek Rapid Shooting (bot laju) Berkhemah di tepi sungai Kg Dedari Hari kedua Lawatan ke Kg Orang Asli Dedari 4WD ke Hutan Lipur Ulu Tembeling Karaoke di Han Resort Hari Ketiga Perasmian Eco Adventure Camp Han Resort Kemudahan di Han Resort Pengalaman yang tak akan di lupakan bersama rakan blogger,Han Resort memang terbaik. Nak dapatkan maklumat lanjut korang boleh ke laman web mereka: http://www.han-rainforestresort.com/ Han Rainforest Resort Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia 27020 Tel: 09-2667888 Fax: 09-2666982 Email: hanrainforestreso