Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Resepi Ikan Masak Kicap Paling Mudah.

Ada peminat ikan masak kicap tak? Ha meh nak ajar cara paling simple,mudah dan cepat.Bahan pun mudah je. Bahan : Apa-apa ikan -buh garam kunyit,goreng garing ketepikan. 2 biji bawang merah-tumbuk pecah-pecah 4 ulas bawang putih-tumbuk pecah2 1 biji bawang besar hiris ikut suka Cili api ikut kepedasan masing-masing-potong atau masuk sebiji2 sedikit sos cili sedikit kicap manis 1 sudu serbuk ;ada hitam atau sos lada hitam Air Cara: Tumis bawang merah ,bawang putih,cili api. Masukkan kicap ,sos cili dan air,kalau nak kuah pekat letak air sikit je. Biar gelegak,masukkan lada hitam dan bawang bawang. Curah kuah atas ikan goreng tadi,taburkan daun sup yang di hiris. Mudahkan,ni menu kami bawa bekal kerja.Cepat nak masak dan mudah di bawa dan sedap makan dengan nasi panas.

Sate Madura Sedap di Indobowl Sungai Besi

Siapa pernah makan sate berkuah kicap dan bawang? Baru-baru ni sempat merasa menu ni di Indobowl Cafe yang terletak di Sungai Besi.Ternyata sangat sedap dan menyelerakan,malah membangkitkan selera bila makan dengan nasi panas.Pedas,masin,seimbang rasa rempah satenya. Indobowl juga menghidangkan menu berasaskan mee dan sambal yang sedap di makan bersama-sama dengan pilihan lauk ayam,daging dan kambing yang di sediakan.Terdapat 3 pilihan sambal untuk di makan dengan nasi dan mee iaitu Sambal Matah,Sambal Hijau dan Sambal Merah.Antara menu yang di hidangkan :  Sempat cuba air soda gembira je,tak sempat nak order es cendol,tapi ini pun dah sedap. Keseluruhannya menu-menu yang sedap dan mengenyangkan dengan harga yang berpatutan dalam keadaan ekonomi sekarang,keistimewaan kedai lebih kepada hidangan ringkas tapi sedap. Lokasi kedai yang strategik,kedai yang selesa dan parking yang mudah dan banyak.