Skip to main content

Posts

Resepi Ikan Masak Kicap Paling Mudah.

Ada peminat ikan masak kicap tak? Ha meh nak ajar cara paling simple,mudah dan cepat.Bahan pun mudah je. Bahan : Apa-apa ikan -buh garam kunyit,goreng garing ketepikan. 2 biji bawang merah-tumbuk pecah-pecah 4 ulas bawang putih-tumbuk pecah2 1 biji bawang besar hiris ikut suka Cili api ikut kepedasan masing-masing-potong atau masuk sebiji2 sedikit sos cili sedikit kicap manis 1 sudu serbuk ;ada hitam atau sos lada hitam Air Cara: Tumis bawang merah ,bawang putih,cili api. Masukkan kicap ,sos cili dan air,kalau nak kuah pekat letak air sikit je. Biar gelegak,masukkan lada hitam dan bawang bawang. Curah kuah atas ikan goreng tadi,taburkan daun sup yang di hiris. Mudahkan,ni menu kami bawa bekal kerja.Cepat nak masak dan mudah di bawa dan sedap makan dengan nasi panas.

Sate Madura Sedap di Indobowl Sungai Besi

Siapa pernah makan sate berkuah kicap dan bawang? Baru-baru ni sempat merasa menu ni di Indobowl Cafe yang terletak di Sungai Besi.Ternyata sangat sedap dan menyelerakan,malah membangkitkan selera bila makan dengan nasi panas.Pedas,masin,seimbang rasa rempah satenya. Indobowl juga menghidangkan menu berasaskan mee dan sambal yang sedap di makan bersama-sama dengan pilihan lauk ayam,daging dan kambing yang di sediakan.Terdapat 3 pilihan sambal untuk di makan dengan nasi dan mee iaitu Sambal Matah,Sambal Hijau dan Sambal Merah.Antara menu yang di hidangkan :  Sempat cuba air soda gembira je,tak sempat nak order es cendol,tapi ini pun dah sedap. Keseluruhannya menu-menu yang sedap dan mengenyangkan dengan harga yang berpatutan dalam keadaan ekonomi sekarang,keistimewaan kedai lebih kepada hidangan ringkas tapi sedap. Lokasi kedai yang strategik,kedai yang selesa dan parking yang mudah dan banyak. ...

Ulang tahun pertama dengan hadiah tak tenilai.

Alhamdulillah,segalanya di permudahkan Allah,selepas setahun mahligai yang di bina.Syukur ke hadrat Allah untuk cinta dan kasih sayang ini.Nikmat yang mana lagi nak kami nafikan? Setahun melayari bahtera,masih panjang perjalanan sebenarnya,masih terlalu muda dalam alam rumahtangga. Dan ulangtahun ini,Allah beri lagi hadiah yang tak ternilai untuk kami,benih cinta yang kian membesar dengan sihat di dalam kandungan.Allahhhh tak terhingga ucapan syukur padaMu ya Allah.Semoga si kecil ini pembuka pintu rezeki dan pintu pahala buat kami. Usia kandungan hampir 4 bulan ,dan melepasi fasa morning sickness.Alhamdulillah boleh berpuasa dengan baik,dan kembali bertenaga.Di beri kesempatan dan kudrat memasak ringkas untuk sahabat-sahabat terdekat datang berbuka puasa dan siap memberi kejutan ulangtahun kepada kami.Nikmat Mu juga Ya Allah punya kawan dan sahabat sebegini. Doakan hidup dan mahliagai kami ini terus utuh serta cinta kami kekal ke syurga ye semua.Doa kalian ...

Resepi Cencaluk Goreng

Resepi dari seorang kawan di Facebook,makan dengan nasi panas-panas dengan ulam dan ikan goreng,sangat menyelerakan.Mau bertambah nasi. Resepi Cencaluk Goreng Bahan : semangkuk cencalok Bawang merah hiris Cili api potong halus Sedikit halia hiris halus Cara : -Tumis bawang dan cili -Masukkan cencaluk -Biar garing sedikit -Hidangkan Mudah je,pembuka selera waktu demam pun ye juga ni.Yummmmm....

Kenangan di Han Rainforest Resort Taman Negara,Kuala Tahan

19-22 Februari lepas berpeluang bersama Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara Kuala Tahan dalam program Kembara KBBA Ke Taman Negara.Pengalaman terbaik mendekatkan diri dengan alam. Hari Pertama Mendaki Bukit Terisek Rapid Shooting (bot laju) Berkhemah di tepi sungai Kg Dedari Hari kedua Lawatan ke Kg Orang Asli Dedari 4WD ke Hutan Lipur Ulu Tembeling Karaoke di Han Resort Hari Ketiga Perasmian Eco Adventure Camp Han Resort Kemudahan di Han Resort Pengalaman yang tak akan di lupakan bersama rakan blogger,Han Resort memang terbaik. Nak dapatkan maklumat lanjut korang boleh ke laman web mereka: http://www.han-rainforestresort.com/ Han Rainforest Resort Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia 27020 Tel: 09-2667888 Fax: 09-2666982 Email: hanrainforestreso...