Alhamdulillah,segalanya di permudahkan Allah,selepas setahun mahligai yang di bina.Syukur ke hadrat Allah untuk cinta dan kasih sayang ini.Nikmat yang mana lagi nak kami nafikan? Setahun melayari bahtera,masih panjang perjalanan sebenarnya,masih terlalu muda dalam alam rumahtangga.
Dan ulangtahun ini,Allah beri lagi hadiah yang tak ternilai untuk kami,benih cinta yang kian membesar dengan sihat di dalam kandungan.Allahhhh tak terhingga ucapan syukur padaMu ya Allah.Semoga si kecil ini pembuka pintu rezeki dan pintu pahala buat kami.
p/s : Terima kasih pasangan ku,cintaku atas kasih sayangmu.
Comments