Skip to main content

Pemeriksaan Semula Mata di Optom Eyecare Bangi

Hi semua,apa khabar? Kalau bercerita tentang pemeriksaan mata,Cik Sue memang nak rekemen dekat korang untuk datang ke Optom Eyecare Bangi,hampir 4 tahun dah Cik Sue memang datang sini kalau ada nak periksa mata dan masalah berkaitan spek mata.Memang puas hati buat pemeriksaan mata di sini,korang boleh baca pengalaman Cik Sue kat SINI dan SINI ye.


Kali ni Cik Sue datang lagi untuk pemeriksaan kacamata yang Cik Sue buat hari tu,dah lama pakai so datang untuk service spek juga ,macam dah longgar sikit,sambil tu periksa sekali la keadaan mata.Sememangnya kita kena kerap buat pemeriksaan mata,tambah-tambah yang dah berusia macam Cik Sue ni,dan buat kerja pula mengadap laptop atau handphone lebih lama.Bila buat pemeriksaan kerap kita akan lebih peka dengan masalah mata dan yang pastinya di Optom ni pemeriksaannya sangat detail bukan sekadar pemeriksaan rabun sahaja ye,boleh periksa masalah dalaman dan saraf mata juga.




Alhamdulillah,power dan kerabunan Cik Sue tak bertambah ,syukur sangat,kacamata pun dah di service ,di ketatkan balik yang mana longgar dan rasa tak best waktu pakai tu ,rasa macam baru pula.Memandangkan dah datang dengan Encik Suami,minta la dia buat pemeriksaan juga ,dia pun dah lama tak check kerabunan dan akhir-akhir ni pun dia mengadu mudah pening bila buat kerja tengah panas.


Pemeriksaan Mata Terperinci 



Pemeriksaan rabun dan silau mata dengan mesin,Alhamdulillah mata Mr D masih ok cuma silau je ada tapi tak tinggi.Kemudian bagitau staf yang peramah dan sangat membantu tu yang mata dia selalu pedih dan rasa pening bila buat kerja tengah panas,maklumlah kerja pemasangan letrikal di kawasan outdoor selalu tengah panas siang hari.



Terus staf Optom buat pemeriksaan dalaman dan saraf mata ,dannnnnn mata Mr D ada masalah Pterygium iaitu ada titik atau dot atau segitiga di bahagian mata putih kesan dari pendedahan lama kepada sinar UV cahaya matahari dan jika di biarkan berlarutan ,pandangan akan kabur.Tambah teruk jika keadaan ini menutup mata hitam.Mata akan bermasalah untuk melihat dan pandangan jadi terbatas.




Rawatan yang di cadangkan :

Staf yang menjalankan pemeriksaan tu mencadangkan Mr D selalu memakai cermin mata gelap atau polarize yang boleh mengawal sinar UV waktu bekerja di bawah sinaran matahari siang hari.Wahhhh kemain la dia bergaya nanti buat kerja hehehhe.Atau pun boleh menggunakan ubat titis untuk melegakan kerengsaan mata dan supaya tidak terlalu kering.

Tapi nak pakai dan beli sermin mata hitam atau polarize pun perlu yang sesuai dengan bentuk muka ,kalau tak kena ,tak sedap pakai,membazir je nanti.Kalau sebelum ni di Optom ada mesin Bspoke untuk pilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk wajah,kali ni ada mesin 3D Scanner bernama Bragi.




Fungsi mesin 3D Scanner Bragi adalah :

1. Mengukur rupa bentuk muka si pemakai spek untuk dapatkan ukuran tepat antara anak mata,jarak telinga ,sudut hidung dan lain-lain untuk pemakaian spek lebih selesa.

2. Memastikan setiap sudut bingkai cermin mata menepati muka pemakai sebelum di tempah,supaya selesa di pakai dan tidak menyakitkan belakang telinga dan sisi muka.

3. Memberi peluang memilih warna dan bentuk serta gambaran visual pemakaian spek mata sebelum betul - betul di tempah untuk si pemakai.

Alhamdulillah puas hati sangat dengan pemeriksaan mata,kalau tak memang tak tahu mata Mr D ada masalah itu selama ni ingatkan ok je bekerja tengah panas,sekarang ukuran semua dan ambil dan di rekodkan di Optom ni,jadi senang bila nak buat spek baru rekod dah ada,itu bagusnya di Optom ni,kalau kita customer semua rekod di simpan.

Nampaknya nak kena cari spek hitam atau polarize yang berkualiti sikit tuk Mr D pakai masa bekerja,di Optom ni pun boleh pilih juga ,banyak juga pilihan yag ada.Nanti kita tengok jenis yang macam mana Mr D pilih ye hehehhe...



Kakak Maira pun nak check mata juga ,katanya takut mata rosak sebab main phone eh tahu pulakkkk hahahhaa Alhamdulillah mata dia ok lagi ,cuma mata keing dan penat,terus kena warning dengan staf situmterus takut haaaa heheheh,mudah la lepas ni ibu nak kontrol dia main handphone kikiki.



Terima kasih Optom ,jom korang check mata di sini,memang puas hati.

Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
🕰️BUKA SETIAP HARI
🕰️9AM-8PM
GPS: https://goo.gl/maps/KFs6hsbfRa3551Gj9


IG & page Optom Eyecare Bangi:
www.instagram.com/optombangi
www.facebook.com/optombangi

PM DIRECT
wasap.my/601111479093
📞01111479093

Comments

Nina Mirza said…
Bagus check mata berkala. Dah berusia memang kena jaga mata. Molek Cik Sue pakai spek.
YB Shehan said…
saya mcm plan nak bawa Hannah utk check mata dia la nanti.. mahal x?
Nadia Johari said…
Plan juga nakcek mata dekat sini. Sebab dia cek sampai saraf mata
Qaseh Dalia said…
Bagus kedai ni, macam nak check mata rayyan lak
Mohaz Sue said…
Comel je Maira.. tau pun takut mata rosak ek? Hihi.. apapun memang bagus cek mata kat sini. Pemeriksaan menyeluruh tu buat kita lagi yakin dengan tahap kesihatan mata.
Mommylin said…
cik sue... lin baru pergi siang tadi bawa mak ayah ke sana... best kan Optom ni...

Popular posts from this blog

Resepi Ikan Masak Kicap Paling Mudah.

Ada peminat ikan masak kicap tak? Ha meh nak ajar cara paling simple,mudah dan cepat.Bahan pun mudah je. Bahan : Apa-apa ikan -buh garam kunyit,goreng garing ketepikan. 2 biji bawang merah-tumbuk pecah-pecah 4 ulas bawang putih-tumbuk pecah2 1 biji bawang besar hiris ikut suka Cili api ikut kepedasan masing-masing-potong atau masuk sebiji2 sedikit sos cili sedikit kicap manis 1 sudu serbuk ;ada hitam atau sos lada hitam Air Cara: Tumis bawang merah ,bawang putih,cili api. Masukkan kicap ,sos cili dan air,kalau nak kuah pekat letak air sikit je. Biar gelegak,masukkan lada hitam dan bawang bawang. Curah kuah atas ikan goreng tadi,taburkan daun sup yang di hiris. Mudahkan,ni menu kami bawa bekal kerja.Cepat nak masak dan mudah di bawa dan sedap makan dengan nasi panas.

Bengkel Motor Pilihan di Ampang

Balik keje sempat singgah bengkel motor jap,bila rasa motor dah tak sedap nak bergerak,bateri pulak dah kong,so kena tukar,rekemen dari kawan-kawan datang kena ni.Alhamdulillah pilihan yang tepat.Sib baik bukak lagi walau dah pukul 6 petang. Lokasi : No 4,Jalan 16,Taman Cempaka,68000,Ampang,Selangor. dekat restoran mamak d'klasik,ada petronas dan caltex,area rumah kedai situ. Yang buat keje uncle2 cina yang dah tua,tapi berpengalaman,service tip top,buat keje cermat dan sangat berhati-hati,harga pun berpatutan dengan service yang bagus. Encik Tempe

Resepi Kari Kepala Ikan Mudah dan Sedap

Nak simpan resepi ni kat sini untuk rujukan lepas-lepas ni.Resepi dari Kak Laila tauke mee udang MMA Bandar Baru Nilai.Korang boleh follow Kak Laila kat Facebook dia ni ye.Resepi ni memang sedap untuk kari kepala ikan,ketam,udang dan makanan laut semua la,kata kak laila kalau kari ayam dan daging lain sikit resepinya.Jom kita layan resepi kari kepala ikan bawal ni dulu : Bahan : 2 ekor ikan bawal atau 3 kepala ikan bawal 2 biji tomato belah 2 Bendi ikut suka banyak mana,kami suka banyak ehhehe 200 ml santan pekat Bahan tumis : Daun kari Daun pandan Daun ketumbar 2 peket kecil Serbuk kari ikan babas 5 ulas Bawang putih hiris 6 biji Bawang merah hiris 1 inci Halia hiris Halba 1 sudu besar Serbuk kunyit 1 sudu besar Serbuk cili Babas (suka pedas boleh letak banyak) Cara memasak : -tumis bahan hiris dengan halba,daun pandan,daun kari dan daun ketumbar. -biar sampai naik bau atau kekuningan,masukkan serbuk kunyit dan serbuk cili,tambah air satu gelas,kacau agak me