Skip to main content

Tukang Jahit Baju Nikah di PKNS Shah Alam dan Raub

Tukang Jahit Dress Nikah di Raub 

Fuhhhh pejam celik tak lama dah masa yang ada,insya allah selesai kerja kawin dah qaseh di teganu,Cik Budu dah bleh tumpukan perhatian kat wedding sendiri pulak.Step pertama ni nak kena jahit baju nikah dulu,ye la kang tailor sibuk amik baju raya plak,tak siap juga baju nikahku.

Minggu lepas balik kampung ada kenduri sikit,dan bawa balik kain yang beli kat Jakel ari tu tapi yang Cik Budu punya je la,sebab nak suh ma tengok kainnya.Tanya2 makcik tau tak tukang jahit dress,so dia kata dia ada kawan kat Raub yang professional jahit baju nikah,so apa lagi,otw balik kl singgah la ukur siap-siap dan tempah terus.


kain yang beli hari tu

ni cth yang cik budu nak,maybe ada oter2 skit la...
So pi la ngan mak cik jumpa kakak tu ,baik orangnya peramah,masuk je kedai dia yang bersambung di dapur rumah,wowww banyaknya mesin jahit,ada macam-macam jenis dari jahit sulam,jahit tepi mesin steam labuci pun ada.Memang professional ni.Tengok pulak contoh2 tempahan yang dah siap,ermmm agak emas jahitannya.Mudah kerja dia pun banyak bagi nasihat dan pendapat design yang cik budu nak tu.Dah siap ukur semua sekejap je senang.

terus bagi name card tuk hubungi dia.senang.
Nanti kita tengok hasilnya macam mana ye....harap-harap seperti yang di rancang lah.


Tukang Jahit Baju Melayu Untuk Nikah di PKNS Shah Alam

Balik dari kampung pulak terus gesa En Tempe pi tempah baju nikah,risau juga la ,bukan senang nak cari tukang jahit baju melayu yang ok dan cik budu bukan tau sangat tempat lain kecuali PKNS Shah Alam,maklumlah dah lama dok situ dulu,dah biasa area tu.

mayor manik tu kedainya
Kedai ni Cik Budu jumpa masa survey barang dak qaseh ari tu,so survey la sekali,tanya-tanya kalau kain sendiri hantar tempah dan sulam dia amik dalam RM160-RM200 tapi kalau kain diorg siap dengan sulam dia caj RM250.Memandangkan kami ada kain sendiri so tempah baju melayu dengan sulam je la + sulam kat lengan total dia bagi RM170,agak berbaloi la sebab contoh bajunya jahitan cantik, sulamnya pun cantik.Kita tunggu je la hasilnya nanti ye.Tak sabar pulak nak tengok,maybe bulan 3 dah boleh amik ni.


name cardnya

nota kaki :
Ya Allahhh kau permudahkan lah
harap-harap jadi la seperti yang di inginkan.
nota cik budu

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Ikan Masak Kicap Paling Mudah.

Ada peminat ikan masak kicap tak? Ha meh nak ajar cara paling simple,mudah dan cepat.Bahan pun mudah je. Bahan : Apa-apa ikan -buh garam kunyit,goreng garing ketepikan. 2 biji bawang merah-tumbuk pecah-pecah 4 ulas bawang putih-tumbuk pecah2 1 biji bawang besar hiris ikut suka Cili api ikut kepedasan masing-masing-potong atau masuk sebiji2 sedikit sos cili sedikit kicap manis 1 sudu serbuk ;ada hitam atau sos lada hitam Air Cara: Tumis bawang merah ,bawang putih,cili api. Masukkan kicap ,sos cili dan air,kalau nak kuah pekat letak air sikit je. Biar gelegak,masukkan lada hitam dan bawang bawang. Curah kuah atas ikan goreng tadi,taburkan daun sup yang di hiris. Mudahkan,ni menu kami bawa bekal kerja.Cepat nak masak dan mudah di bawa dan sedap makan dengan nasi panas.

Bengkel Motor Pilihan di Ampang

Balik keje sempat singgah bengkel motor jap,bila rasa motor dah tak sedap nak bergerak,bateri pulak dah kong,so kena tukar,rekemen dari kawan-kawan datang kena ni.Alhamdulillah pilihan yang tepat.Sib baik bukak lagi walau dah pukul 6 petang. Lokasi : No 4,Jalan 16,Taman Cempaka,68000,Ampang,Selangor. dekat restoran mamak d'klasik,ada petronas dan caltex,area rumah kedai situ. Yang buat keje uncle2 cina yang dah tua,tapi berpengalaman,service tip top,buat keje cermat dan sangat berhati-hati,harga pun berpatutan dengan service yang bagus. Encik Tempe

Pemeriksaan Semula Mata di Optom Eyecare Bangi

Hi semua,apa khabar? Kalau bercerita tentang pemeriksaan mata,Cik Sue memang nak rekemen dekat korang untuk datang ke Optom Eyecare Bangi,hampir 4 tahun dah Cik Sue memang datang sini kalau ada nak periksa mata dan masalah berkaitan spek mata.Memang puas hati buat pemeriksaan mata di sini,korang boleh baca pengalaman Cik Sue kat SINI dan SINI ye. Kali ni Cik Sue datang lagi untuk pemeriksaan kacamata yang Cik Sue buat hari tu,dah lama pakai so datang untuk service spek juga ,macam dah longgar sikit,sambil tu periksa sekali la keadaan mata.Sememangnya kita kena kerap buat pemeriksaan mata,tambah-tambah yang dah berusia macam Cik Sue ni,dan buat kerja pula mengadap laptop atau handphone lebih lama.Bila buat pemeriksaan kerap kita akan lebih peka dengan masalah mata dan yang pastinya di Optom ni pemeriksaannya sangat detail bukan sekadar pemeriksaan rabun sahaja ye,boleh periksa masalah dalaman dan saraf mata juga. Alhamdulillah,power dan kerabunan Cik Sue tak bertambah ,syukur sangat,k...