Hi semua,apa khabar? Kalau bercerita tentang pemeriksaan mata,Cik Sue memang nak rekemen dekat korang untuk datang ke Optom Eyecare Bangi,hampir 4 tahun dah Cik Sue memang datang sini kalau ada nak periksa mata dan masalah berkaitan spek mata.Memang puas hati buat pemeriksaan mata di sini,korang boleh baca pengalaman Cik Sue kat SINI dan SINI ye. Kali ni Cik Sue datang lagi untuk pemeriksaan kacamata yang Cik Sue buat hari tu,dah lama pakai so datang untuk service spek juga ,macam dah longgar sikit,sambil tu periksa sekali la keadaan mata.Sememangnya kita kena kerap buat pemeriksaan mata,tambah-tambah yang dah berusia macam Cik Sue ni,dan buat kerja pula mengadap laptop atau handphone lebih lama.Bila buat pemeriksaan kerap kita akan lebih peka dengan masalah mata dan yang pastinya di Optom ni pemeriksaannya sangat detail bukan sekadar pemeriksaan rabun sahaja ye,boleh periksa masalah dalaman dan saraf mata juga. Alhamdulillah,power dan kerabunan Cik Sue tak bertambah ,syukur sangat,k